Tuesday, November 4, 2008

Gerak hati/naluri dari sudut pandangan evolusi

Ok, saja nak share something yang akan masuk periksa tak lama lagi. Kali ni, peperiksaan tidak bosan. Sebab adanya topik2 seperti Instinct.

Naluri atau Gerak hati, adalah tabiat atau perlakuan yang telah pun terbenam dalam otak manusia dan haiwan-haiwan lain tanpa disedari. Naluri tidak dipelajari dari apa-apa segi, baik dari contoh, diberitahu, pengalaman dan lain-lain. Naluri, diturunkan dari generasi ke generasi. Perkataan. Perkataan. Perkataan.


OK bosan, tanak jadi baku sangat, hodoh bunyinye.. Instinct ni die menarik sebab, lahir2 je jadi baby yg belendir, kita dah tau ape nak buat. Sebab instinct kita yg pertama ialah untuk menanges.

Instinct ni, biasanya instinctive.. hahahaha.. tak membantu.
Anyway, seiring instinct ada jugak Fixed Action Pattern (FAP)..
So, maksudnye, behaviour itu akan disusuli sebaik sahaja nampak the SIGN!

contoh untuk manusia

SIGN: nampak orang lain menguap
ACTION: menguap jugak....

contoh untuk lembu (ni takde sign tapi contoh instinct je)

Lembu : branak2 terus jalan.... takde pun tatih2 cakk.. tatih2 cak...

contoh untuk burung

SIGN : dekat muka burung herring ade satu bintik merah ni tau (why bother? bother jee)....
ACTION : Anak burung herring ni nampak je bintik merah tu, dia akan patuk2 bintik merah kat muka mak die secara automatic! wawawewa hebat shal.

Antara contoh lain instinct, macam... kalau dalam masa2 genting, akan ada heroic act yg hebat oleh manusia2 yang tidak terjangkau otak kita. So, tu sebab instinct jugak.

Manusia ada instinct, untuk mimic apa yg orang lain buat di skala yang sangat kecil tanpa disedari. Sebab tu, kalau kite tengok movie yang hebat, kite akan rasa sedih, rasa gembira dan lain2 sebab.. kita sebenarnya sedang mimic apa orang tu buat.
And sebab tu jugaklah, ada setengah orang nanges bila nmpak orang lain nanges(ade contoh banyak, contoh nye housemet saye)

Lagi satu contoh instinct mimicing yg slalu berlaku ialah, bila hawa excited mata tebeliak, tanpa sesetengah manusia sedari... mata korang jugak terbeliak.
Itu adalah cara untuk menyelami perasaan orang lain, secara tak sedar dan disitu jugalah munculnya yang kite panggil Empathy ye kawan kawan.....

Benda2 instinct ni terletak die bahagian otak kita yg primordial yang jugak masih digunakan oleh binatang2 dulu2 baikpun skarang. Instinct ni slalunyelah, bertujuan demi survival, atau pun dengan kata lain utk our selfish genes... Instinct atau perlakuan tanpa fikir yang disalah magnifikasikan boleh mengundang benda2 jahat seperti bunuh, rape, cemburu buta dan sebagainya. Instinct2 ini, adalah hasil evolusi, untuk either survival yang nyata atau adalah byproduct kepada evolusi benda lain yang bagus untuk kita, sebagai contoh.. evolution of bende yang menbantu reproduction, di mana.... benefit nya jauh lebih banyak dari keburukan..

Macam contoh.. testosterone yang banyak dalam laki.. bagus untuk buat anak banyak.... Tapi.. testosterone yang telalu banyak jugak ade kesan2 sampingan seperti, miang, gatal, ganas, ego dan sebagainya......

Tapi bleh ke kita salah kan naluri? takblehh.. sebab.. kita ade otak yang ada akai.
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment