Thursday, December 24, 2009

blackrose

Tak kisah la bila lahir, eventually akan ada gelombang kapak kejap dalam list lagu2 korang. Selalunya bila masuk asrama or during study, budak2 akan catchup balik lagu kapak zaman ntah mana hala tah.. walaupun dorang tak lahir lagi zaman tu. It fulfills the psychological need orang orang yang merintih kejiwangan. Anyways, lagu kapak terkapak yang mendapat award dari hawa, jatuh kepada lagu cinta abadi blackrose. Corniest cheesiest song ever made in the history of lagu lagu kapak semalaysia.

lagu ni ada semua kriteria utk menjadi lagu kapak berjaya.

1. merayu - lirik lagu yang merintih. Stripping off every piece of ego yang ada dalam lelaki. Most probably akan dinyanyikan oleh lelaki yang baru mengenal erti cinta. Baru becinta first time, terus jatuh and lemah. Dinyanyikan untuk perempuan yang dirasakannya "the one". Tapi sebab baru bercinta 1st time, lelaki ni kemungkinan besar, tidak berpijak pada bumi yang nyata. Tak kira lah, long distance yang tak logic, or darjat tak sama ( zaman skarang, maybe wavelength tak sama, values tak sama, money ke, tapi sebab becinta pejam mata dulu ). The dirty reality tak masuk dalam otak mamat ni lagi.. so die nyanyi lah lagu ni dengan penuh sayu. Biar, kena naik gunung berapi pastu dah smpai atas mati pun takpe. Anything, demi pompuan tu. Suitable utk 'the one' yang agak kurang realistik.

2. sengau - semua lagu kapak kebanyakan sengau. Lagu cinta abadi tidak terkecuali. dinyanyikan oleh lelaki melayu muda yang baru baligh 2-3 tahun. selalunya kurus. Halkumnya bagaikan boleh dicabut. Kesengauan dibuat utk memberikan effect reverb natural dalam peti suara. Cara yang bagus utk mendapatkan suara yang sedap. Sambil memberikan effect2 dramatis dalam lagu, kerana penyampaian yang merayu.. Muka mamat ni pun agak2 macam hati kering, tapi menitik jugakla air mata jantan sambil peluk bantal lepas habis lagu ni. Bukan menangis sebab apa pun, sebab rindu dan sayang yang teramat2.

3. progression lagu melayu tipikal - standard lagu melayu. 1 saat dah cukup utk mengconfirm kan ni lagu melayu kapak. ok correction, not because die tipikal, tapi sebab dia pioneer.. uuuu...


4. baju- leather tights and rambut panjang ketak. tapi video ni video karoke jee...

Yay. jom gelak kat lagu2 yang hawa dgr. tengok kat last.fm box hawa yang bawah kanan ni...
haha.. last song dgr, lagu dangdut memori daun pisang. tak hip langsung. har har har. tu pun zaman bile tah......


(ni nama nya.. posting drafts banyak2)

No comments:

Post a Comment