Tuesday, May 11, 2010

deria realiti

Perbezaan realiti, membuat kau yakin.
Kesusahan hidup, membuat kau tabah.
Tapi kau harus sedar kau hanya gila.
gila relatif, deria realiti.

'realiti aku, realiti sebenar' kata si polan

'tidak! realiti aku realiti sebenar' bantah si polan 2

'sesungguhnya, realiti aku realiti sebenar' sahut si polan 3

realiti hanya di otak.
kau celik, kau mati. bagaikan mimpi.
realiti hanya di otak.
ambil dadah, semua nya berubah.

1 comment:

  1. ambil dadah, semuanya berubah.

    ...

    aku tahu kerana aku pernah
    ambil dadah dan semuanya memang berubah

    sehingga mata kembali memukul otak,
    terperangkap dalam sebuah kotak,
    realiti merogol impian, lantak!

    aku pernah berada di sini,
    neraka dalam angan-angan bagaikan mimpi ngeri,
    walaupun aku tahu segalanya sementara sebegini,

    aku bakar sepuntung rokok,
    aku tak larat nak hidup,
    aku bakar sekuntum cita-cita bodoh,
    aku tak larat nak hidup.

    Sambungan Deria Realiti
    Amir

    ReplyDelete